Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
Tiga jenis sekolah, iaitu SK / SRK, SRJK (C) dan SRJK (T) yang terlibat dalam rancangan ini. Objektif pelan ini adalah:
i. Meningkatkan penyertaan pelajar dan guru dari ketiga-tiga jenis sekolah berkenaan dalam aktiviti-aktiviti khas.
ii. Menambahkan interaksi, persefahaman, kerjasama, muhibah dan toleransi pelajar daripada tiga jenis sekolah
iii. Penggunaan kemudahan dan peralatan tiga jenis sekolah bersama-sama secara maksimum.
Integrasi nasional boleh dicapai berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti yang disediakan dalam modul yang merangkumi aspek-aspek yang disenaraikan di bawah:
Modul Aktiviti untuk kecemerlangan akademik
Modul Aktiviti untuk sukan dan permainan
Modul Aktiviti untuk ko-kurikulum
Modul Aktiviti untuk perkhidmatan sosial
Modul Aktiviti untuk meningkatkan semangat patriotik
Konsep 1 Malaysia
Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak. Ini adalah salah satu langkah yang paling penting yang diambil oleh Perdana Menteri untuk memupuk perpaduan negara dan untuk membina hubungan yang rapat antara semua kumpulan etnik di Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah. Menurut Laman web peribadi Perdana Menteri, 1 Malaysia adalah formula yang dikonsepsikan sebagai satu pra-syarat bagi memastikan aspirasi negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 tercapai sekiranya konsep 1 Malaysia ini diterapkan dalam minda rakyat dan diamalkan oleh seluruh masyarakat. Jika idea "Bangsa Malaysia" yang ditimbulkan melalui Wawasan 2020 menjadi destinasi akhir, maka 1 Malaysia adalah hala tuju yang membimbing kita ke arah destinasi itu.
Terdapat lapan nilai murni yang diketengahkan dalam konsep 1 Malaysia, iaitu budaya cemerlang, ketabahan, rendah hati, penerimaan,kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Nilai penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti adalah faktor yang paling penting dalam pembangunan integrasi nasional. Penerimaan bermakna rakyat negara ini mesti dapat menerima kekuatan kumpulan etnik yang lain dan mampu untuk bersetuju dengan semua perkara untuk kebaikan negara ini. Kesetiaan adalah penting kerana semua rakyat Malaysia perlu taat setia kepada raja dan negara selain daripada membina amanah untuk meningkatkan hubungan antara kumpulan etnik yang berbeza. Meritokrasi merupakan satu elemen penting bagi sebuah negara demokratik di mana semua orang di negara ini layak diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam mana-mana bidang. Pendidikan akan memastikan nilai-nilai murni terpupuk di kalangan generasi masa depan di samping menjadikan mereka modal insan kelas pertama di negara ini. Lapan nilai tersebut berfungsi sebagai tunggak dalam mengintegrasi dan menyatukan semua rakyat Malaysia untuk mencapai wawasan 2020.
No comments:
Post a Comment