Definisi
Apakah maksud integrasi nasional? Menurut Vyas (1993), integrasi nasional bermaksud ”Satu proses atau pun matlamat di mana semua penduduk dalam sesuatu wilayah tertentu hidup bersama selama-lamanya dan saling menghormati tanpa mengira agama, perbezaan etnik dan bahasa serta sudi berkongsi pengalaman, latar belakang, sejarah dan nilai.”
Isu-Isu Semasa dalam Integrasi Nasional
Malaysia terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik termasuk Melayu, Bumiputera, Cina dan India. Komposisi populasi sebegini telah menyumbang kepada perbezaan dari segi bahasa, seni, kebudayaan, dan kepercayaan dan agama yang mana merupakan cabaran yang besar bagi kerajaan untuk menyatupadukan semua kumpulan etnik tersebut. Kejadian tragedi 13 May 1969 jelas menunjukkan wujudnya prasangka dan konflik tentang integrasi nasional di negara kita. Perkara tersebut telah menyedarkan kerajaan tentang kepentingan untuk mewujudkan integrasi nasional di negara kita. Demi mengurangkan jurang sosio ekonomi antara kumpulan etnik yang berbeza dan mewujudkan hubungan yang harmoni dan bersatu di kalangan rakyat, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai polisi seperti Polisi Dasar Ekonomi Baru, Polisi Pendidikan Kebangsaan, dan Polisi Kebudayaan Kebangsaan. Pelaksanaan polisi-polisi tersebut dapat meningkatkan kefahaman Rukun Negara iaitu ideologi kebangsaan Malaysia. Rukun Negara tersebut telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara (Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional, 2005).
Cabaran-Cabaran dalam Integrasi Nasional
Dalam proses mengintegrasikan kumpulan etnik yang pelbagai di
negara kita, kerajaan mengalami berbagai-bagai halangan seperti berikut:
- Perbezaan dalam agama dan budaya
- Polisi pecah perintah British
- Sistem pendidikan dan penggunaan bahasa pengantara yang berbeza di sekolah
- Penglibatan sektor ekonomi berasaskan kumpulan etnik
- Penempatan geografi yang berbeza berdasarkan sumber pendapatan kumpulan etnik
- Parti politik berdasarkan kumpulan etnik
Cara-Cara Menangani Isu-Isu Integrasi Nasional
Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses menyatukan semua kumpulan etnik di negara kita. Pendidikan dapat membentuk modal insan yang berkembang secara holistik dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani yang mana merupakan matlamat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, banyak langkah telah diambil oleh Kementerian Pelajaran untuk melahirkan generasi masa hadapan yang bersemangat patriotik, bertoleransi, progresif dan bersatu untuk menjadikan Malaysia negara yang cemerlang. Langkah-langkah yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
- Pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan kurikulum dan penilaian yang sama di semua sekolah.
- Memperkasakan Sekolah Kebangsaan untuk memupuk semangat bersatu dalam kalangan kumpulan etnik yang berbeza.
- Mengasimilasikan nilai-nilai diri yang positif, nilai-nilai moral dan seni dalam semua mata pelajaran.
- Memperkenalkan mata pelajaran sivik dan kewarganegraan di sekolah rendah dan sekolah menengah pada tahun 2003.
- Memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan.
No comments:
Post a Comment