Belajar Untuk Hidup Bersama
Belajar untuk hidup bersama adalah satu lagi tonggak penting erana tiada siapa yang boleh hidup bersendirian di dunia ini. Pendidikan perlu menyedarkan individu tentang kepentingan kedamaian di dunia. Individu mesti diberi pendedahan tentang nilai-nilai hak asasi manusia, prinsip-prinsip demokrasi, memahami dan menghormati kepelbagaian sosio budaya, toleransi dan memupuk keamanan dalam masyarakat dan menjalin hubungan sesama manusia tanpa mengira perbezaan latar belakang supaya semua manusia sentiasa hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Sekolah dan guru-guru perlu mengajar dan menggalakkan para pelajar untuk mengelakkan konflik dan menyelesaikan masalah dengan cara yang aman. Dua elemen yang perlu diajar kepada pelajar-pelajar di dalam proses Belajar Untuk Hidup adalah untuk memahami perbezaan individu dan bekerjasama dengan orang lain ke arah matlamat yang sama.
Cabaran kepada guru
Dalam proses mencapai matlamat empat tonggak pendidikan seperti mana yang digariskan dalam UNESCO, sekolah dan guru-guru menghadapi cabaran yang besar kerana mereka perlu memastikan bahawa proses pendidikan dapat memberikan peluang kepada individu untuk meneroka, bergaul dan berinteraksi dengan orang-orang dari latar belakang yang berbeza sejak peringkat awal lagi. Individu mesti sedar, memahami dan menghormati perbezaan jantina, etnik, status sosio-ekonomi, intelektual, kepercayaan dan agama.
Cara guru menangani cabaran
Guru-guru perlu menekankan kepentingan toleransi dan bekerjasama dengan orang lain demi mencapai keamanan dan keharmonian dalam kehidupan setiap hari. Di samping itu, pendidikan juga harus membangunkan individu secara holistik yang mempunyai kemahiran dan kecekapan yang membolehkan individu terus hidup di dunia global yang penuh dengan cabaran
No comments:
Post a Comment