Noor 'Aini Hj Aaini @ Johari

Wednesday, 4 March 2015

Pendemokrasian Pendidikan

Definisi
Pendemokrasian pendidikan merujuk kepada kesamarataan peluang untuk semua orang yang mana melibatkan peruntukan kewangan dan bahan-bahan sumber yang besar, melibatkan pembangunan dasar yang direka untuk mengurangkan ketidaksamaan dari segi sosial dan ekonomi, di samping mengurangkan kos persekolahan seperti yuran dan kos bahan, melibatkan pembangunan kurikulum yang berkaitan dan kerja-kerja merangka prosedur pemilihan yang sesuai untuk peluang-peluang pendidikan di peringkat yang lebih tinggi (Kiyau, 1981). Menurut Dewey (1966) pendemokrasian pendidikan bermakna peluang yang disediakan untuk semua orang untuk berjaya dalam pendidikan dan menggunakan pendidikan sebagai alat utama untuk berjaya dalam hidup dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

Isu-Isu Semasa dalam Pendemokrasian Pendidikan
Banyak langkah dan dasar telah dibuat oleh Kementerian Pelajaran untuk memastikan bahawa semua orang di negara ini mempunyai peluang pendidikan yang berkualiti secara percuma. Pada masa yang sama, kerajaan juga perlu memastikan bahawa pelajar-pelajar yang kurang upaya juga diajar berdasarkan sistem dan kurikulum yang sama dengan pelajar-pelajar normal. Usaha kerajaan untuk mencapai matlamat pendemokrasian pendidikan yang dinyatakan di dalam dasar pendidikan adalah seperti: pendidikan wajib dan percuma untuk sekolah rendah dan sekolah menengah, pelaksanaan sekolah-sekolah vernakular (SJK Cina dan SJK Tamil), sekolah teknik, sekolah berasrama, sekolah agama dan sekolah pendidikan khas. Sekolah kurang murid (SKM) adalah untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar dari kawasan-kawasan terpencil. Dalam usaha untuk menyediakan peluang kepada orang ramai untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat pengajian tinggi, kerajaantelah mewujudkan pendidikan atas talian, kolej-kolej dan universiti swasta. Selain itu, pelbagai program seperti Skim Bantuan Pendidikan, Skim Pinjaman Buku Teks dan Pelan Makanan Tambahan telah dilaksanakan untuk membantu pelajar daripada golongan berpendapatan rendah supaya mereka terus kekal dalam sistem pendidikan dan sentiasa sihat.

Cabaran-Cabaran dalam Pendemokrasian Pendidikan
Pelbagai cabaran telah dihadapi oleh kerajaan dalam melaksanakan pendemokrasian pendidikan. Kerajaan perlu memastikan bahawa pendidikan berkualiti diberikan kepada pelajar-pelajar tanpa mengira latar belakang etnik, status sosio-ekonomi, lokasi dan ekuiti. Pelajar-pelajar dari sekolah luar bandar harus mempunyai hak untuk menggunakan kemudahan dan infrastruktur yang sama seperti di sekolah-sekolah bandar. Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah luar bandar jugaperlu diajar oleh guru-guru terlatih dan berkualiti bagi memudahkan mereka untuk pencapaian akademik yang cemerlang.

Peranan Guru dalam Pendemokrasian Pendidikan
Guru memainkan peranan dalam merealisasikan matlamatpendemokrasian pendidikan dengan memastikan peluang yang samadiberikan kepada semua pelajar tanpa mengira etnik, jantina, status sosioekonomi,latar belakang budaya, agama, dan kecerdasan supaya merekadapat memperkembangkan potensi mereka secara maksimum danmencapai kecemerlangan dalam akademik. Pada masa yang sama, guruguruperlu adil dan saksama dalam semua aspek apabila berinteraksi dengan pelajar-pelajar daripada pelbagai kumpulan etnik.




No comments:

Post a Comment