Noor 'Aini Hj Aaini @ Johari

Monday, 20 April 2015

PELAJAR ABAD 21

Bijak menyoal
Pelajar abad ke-21 perlulah bijak dalam menyoal. Kita sudah sudah sedia maklum bahawa pelajar abad ke-21 terdedah kepada keterbukaan teknologi. Oleh itu, pelajar akan lebih bijak untuk menyoal kepada guru.
Yakin berkomunikasi
Pelajar yang yakin berkomunikasi ini boleh terbentuk hasil daripada usaha guru. Pelajar akan sentiasa aktif dan yakin berkomunikasi jika guru sentiasa memberi kepada mereka untuk bercakap. Manakala guru yang tidak memberi peluang untuk pelajar bercakap akan membuat pelajar mereka pasif. Oleh itu, pelajar abad ke-21 perlulah diberi peluang oleh guru untuk lebih berkomunikasi di dalam kelas.
Dahagakan ilmu
Pelajar abad ke-21 sentiasa mencari ilmu. Sebelum ini, semua isi pelajaran diberi oleh guru sepenuhnya tetapi pada masa kini pelajar perlu sentiasa meneroka ilmu mereka sendiri. Persaingan bagi setiap orang pelajar pada abad ke-21 adalah tinggi dan mereka perlu bijak dalam mencari ilmu baru.
Menjana idea
Pelajar abad ke-21 perlu sentiasa menjana idea mereka selaras dengan perkembangan zaman yang ada. Contohnya, pelajar di negara Jepun sentiasa menjana idea baru selaras dengan tahap pendidikan dalam negara mereka. Tahap pendidikan dan pelajar mereka adalah jauh mendahului kita. Oleh itu, untuk bersaing dengan negara-negara maju yang lain pelajar kita haruslah sentiasa menjana idea mereka.
Berkemahiran kritis
Berkemahiran kritis sangat perlu kepada seorang pelajar. Seorang pelajar tidak harus menerima sahaja sesuatu perkara tanpa menilainya terlebih dahulu. Era teknologi ini, maklumat sangat mudah diperolehi tetapi tidak semua maklumat adalah adalah benar. Oleh itu, berkemahiran berfikir dengan kritis adalah penting supaya pelajar dapat menapis dan menilai kebenaran sesuatu perkara yang diperolehi.
Berkeperibadian tinggi
Pelajar abad ke-21 akan lebih sempurna dengan keperibadian yang tinggi. Seorang pelajar tidak harus mempunyai kemahiran yang tinggi sahaja. Berkeperibadian tinggi sangat perlu pada diri pelajar. Pada abad ke-21 kita dapat lihat ramai pelajar yang semakin jauh daripada keperibadian tinggi ini. Keadaan ini berlaku kerana mereka banyak belajar sendiri daripada kemudahan ICT dan tanpa perlu berjumpa dengan orang lain. Dleh itu, keperibadian tinggi perlulah disebabkan dalam diri pelajar abad ke-21 supaya diri mereka selaras dengan kemahiran dan keperibadian yang tinggi
Pelajar dan Internet
Walaupun masih ramai pelajar tidak berpeluang untuk menikmati kemudahan internet terutamanya di kawasan pendalaman, namun sebagai pelajar abad ke-21 mereka harus mengambil peluang dengan bijak untuk memperoleh maklumat di internet.
Revolusi maklumat yang akan mewujudkan Era Maklumat akan membawa perubahan secara menyeluruh dan dramatik kepada cara hidup kita, cara bekerja dan tatacara melihat dunia secara global. Negara kita telah berjaya melihat akan kemunculan pelajar abad ke-21 yang dipengaruhi dengan ganerasi berilmu dan bermaklumat tersebut. Kemajuan dalam teknologi Komputer pada hakikatnya akan memastikan bahawa revolusi maklumat akan mempengaruhi hidup kita secara lebih mendalam serta menyeluruh.
Terdapat beberapa kelebihan pembelajaran menggunakan Internet:
a) Peluang pembelajaran melalui Internet lebih bersifat terbuka dan luas kerana ia tidak tertakluk kepada lokasi tertentu, sebaliknya ia meliputi seluruh dunia.
b) Internet juga menyediakan ruang dan maklumat pembelajaran dan perkongsian dengan kepada golongan professional dalam bidang tertentu, seperti kejuruteraan, perubatan, farmasi, teknologi, komputer dan sebagainya.
c) Kemudahan Internet juga memperkayakan lagi sumber-sumber maklumat yang dahulunya hanya dipersembahkan melalui kaedah konvensional sahaja, iaitu buku, majalah, surat khabar, rencana tertentu, jurnal dan buletin. Melalui Internet, sumber-sumber tersebut turut disediakan dalam bentuk World Wide Web. Sumber-sumber begini biasanya disediakan oleh pihak institusi pengajian tinggi, badan-badan pemikir dan pusat penyelidikan dalam bidang tertentu. Ianya bukan sahaja untuk dijadikan bahan rujukan kepada para pelajar sekolah, kolej dan universitI, malah ia juga turut oleh dimanfaatkan oleh semua golongan orang yang berminat.
d) Dalam pencarian sejumlah kecil maklumat, seperti ensiklopedia dan kamus, ia mudah dilaksanakan. Tetapi bagi mencari sejumlah maklumat yang besar, langkah mencari dan memilih mungkin agak sukar bagi pengguna yang masih lagi belum memahami teknik pencarian maklumat dalam Internet. Internet menyediakan satu perisian atau aplikasi yang dinamakan enjin carian bagi memudahkan proses pencarian anda terhadap topik tertentu. Walaupun begitu, perlukan sedikit kemahiran penggunaan enjin carian bagi memastikan bahawa maklumat yang betul dapat diperolehi.
Di dalam abad ke-21, internet menawarkan maklumat yang pelbagai untuk tujuan pembelajaran. Ruang siber yang ada terbuka luas untuk penerokaan pengetahuan. Apa yang penting ialah maklumat ini perlu diproses dan dianalisis untuk mendapat manfaat semaksimum yang mungkin.










Kesimpulan
Abad ke-21 begitu sinonim dengan era digital bertunjangkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menyebabkan kemahiran tersebut menjadi semakin penting kini. Kepentingan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi ini selaras dengan keperluan kemahiran abad ke-21 yang sememangnya penting untuk diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Profesionalisme guru perlu dipertingkatkan memandangkan mereka adalah tunjang kepada pelopor kemahiran abad ke-21 dalam melahirkan modal insan kreatif dan inovatif. Kajian lepas mendapati bahawa tahap kesediaan guru dalam menguasai kemahiran masih pada tahap memuaskan. Kegagalan guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan kemahiran ini sukar digarap dikalangan guru. Tanpa kesediaan yang tinggi di dalam diri guru, segala reformasi pendidikan yang dijalankan bagi melahirkan generasi muda sejajar dengan perkembangan dunia akan menemui jalan kegagalan.
Disebabkan perubahan ini, warga pendidik mempunyai cabaran yang lebih besar dalam menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran berteraskan teknologi seiring dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi zaman kini. Namun, kesediaan guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi masih lagi berada pada tahap sederhana. Ini menyebabkan guru memerlukan latihan yang lebih bagi membantu mereka merealisasikan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan keperluan pelajar. Dengan peningkatan penggunaan ICT dikalangan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka adalah merupakan sesuatu yang perlu bagi meningkatkan dan memajukan lagi tahap penggunaan ICT terhadap guru seiring dengan keperluan kemahiran abad ke-21 yang perlu diterapkan dikalangan guru dan pelajar[1].



GURU ABAD KE 21

Pengetahuan Isi Kandungan Kurikulum

Guru abad ke-21 perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan kurikulum yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan sewajar diketahui oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan kurikulum yang perlu difokuskan ialah:

·         Kesediaan guru untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna pengetahuan guru tentang isi kandungan kurikulum merupakan kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya.

·         Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa.

·         Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar.

·         Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru perlu menguasai ilmu mata pelajaran dan ilmu pedagogi. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru. Hal ini bermakna tanpa menguasai kandungan kurikulum, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari.

Rumusannya, tahap keberkesanan pengajaran guru banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan kurikulum yang baik juga membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan bertulis.

Pengetahuan Pedagogi

Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar. Dalam konteks pendidikan, setiap guru sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar. Dalam pengajaran, seharusnya pelajar merasai dan dapat memahami bahawa guru mereka seharusnya lebih mahir dan lebih mengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding pelajar. Hal ini boleh dilihat antara lain melalui pedagogi mengajar yang guru gunakan.

·         Pendekatan pengajaran: Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, terdapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Selalunya guru-guru akan menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam pengajaran seperti deduktik, induktik dan komunikatif. Kini sepatutnya guru-guru perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh digunakan ialah pendekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif, penyebatian kemahiran, penggabungjalinan pelbagai displin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah.

·         Kaedah pengajaran: Terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sewajarnya setiap guru mengetahui dan menguasainya. Di dalam kelas kepelbagaian pelajar, kaedah mengajar berpusat pelajar seharusnya diberi penekanan oleh guru. Antaranya ialah kaedah perbincangan, main peranan, penyelesaian masalah, pembelajaran atas talian, inkuiri, sumbang saran dan sebagainya. Kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan guru dan bahan tidak digalakkan digunakan oleh guru.

·         Teknik pengajaran: Teknik pengajaran adalah perincian daripada penggunaan sesuatu kaedah yang digunakan. Teknik pengajaran lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat dilaksanakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

·         Strategi pengajaran: Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.


Kesimpulannya, dalam melaksanakan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan seperti kaedah praktis, perbincangan, soal jawab dan sebagainya. Selepas kaedah yang hendak digunakan dipilih, barulah guru merancang teknik yang boleh komplemen dengan kaedah tersebut seperti teknik bercerita, latih tubi, menghafal dan seumpamanya. Usaha mengenal pasti dan memilih kaedah dan teknik yang sesuai dapat memenuhi pendekatan yang digunakan yang disebut sebagai strategi.
Pengetahuan Guru Tentang Ciri Pelajar

Guru yang baik ialah seorang guru yang bukan sahaja mempunyai kepelbagaian kemahiran mengajar, tetapi juga mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap setiap anak pelajar yang di dalam kelas yang diajarnya. Pengetahuan berkaitan ciri pelajar adalah amat diperlukan untuk membantu guru memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan setiap ciri pelajarnya[1]. Pengetahuan guru tentang ciri pelajarnya boleh menjadikan pengajaran guru menyeronokkan dan meninggalkan kesan positif dalam diri pelajar berkenaan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, pengetahuan guru tentang pelajar-pelajarnya dilihat dari aspek:

·         Maklumat umum tentang pelajar berkenaan: Hal ini bermaksud setiap guru bukan fungsinya untuk mengajar sahaja, tetapi juga mengambil berat akan hal-hal berkaitan dengan pelajar yang diasuhnya. Mengambil berat ini amat penting jika guru berkenaan menjadi guru kelas pada setiap pelajar tersebut.

·         Pengetahuan tentang tahap kognitif pelajar: Setiap pelajar adalah berbeza tahap kognitifnya. Guru perlu memahami setiap pelajarnya itu adalah berbeza tahap kognitifnya. Sudah tentu apabila menyoal (aras soalan), memberi tugasan (mudah atau sukar), memberi arahan main peranan (sebagai ketua, pembentang, pencatat) dan sebagainya, maka guru-guru perlu mengambil keupayaan pelajar tersebut untuk menjawab soalan, menyiapkan tugasan, kemampuan bertindak ketika main peranan dan sebagainya.
·         Pengetahuan tentang sikap pelajar: Faktor sikap amat penting dalam menentukan sama ada seseorang pelajar itu berminat atau tidak berminat mempelajari sesuatu mata pelajaran itu, guru yang mengajar, kaedah pengajaran yang digunakan dan sebagainya. Justeru, setiap guru perlu memastikan pengajarannya menyeronokkan, dan mudah difahami pelajar. Kreativiti dan inovatif guru ketika mengajar boleh mempengaruhi sikap pelajar terhadap mata pelajaran.

Memahami Psikologi Pembelajaran
Guru perlulah memahami dan menguasai sepenuhnya psikologi pembelajaran untuk mengawal dan membentuk sikap pelajar. Teori-teori psikologi pembelajaran yang dipelajari perlulah digunakan semula dan diaplikasikan kepada pelajar. Sebagai seorang guru perlu memahami sepenuhnya psikologi pembelajaran dan mengetahui kegunaannya bagi setiap masalah pelajar.
Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif – pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.
Memiliki Kemahiran Kaunseling
Menerapkan nilai-nilai murni/moral/akhlak – nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.
Menggunakan Teknologi Terkini
Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat.
Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah satu pendekatan P&P yang boleh memupuk kemahiran tersebut. Topik-topik tertentu dalam mata pelajaran Sejarah dan Sains contohnya boleh diberi sebagai tugasan projek di mana pelajar perlu mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber.
Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan komunikasi interaktif. Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti e-mel, Facebook atau blog.
Sumber terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube.
Jelas sekali bahawa pembangunan abad ke-21 dalam kalangan pelajar memerlukan perubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan ini boleh berlaku di peringkat sekolah atau bilik darjah.  Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjah memerlukan kesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan pentadbir. Program pengurusan perubahan dan kajian semula program latihan guru adalah perkara-perkara asas yang perlu disediakan ke arah pendidikan, persekolahan dan kemahiran abad ke-21.
Teknologi dan perkomputeran – para pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan haria
Perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patiotis dan memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.


[1] (Zamri 2011, Wood 2002) 

PEMBELAJARAN ABAD KE 21

Kemahiran Abad Ke 21
            Berdasarkan cabaran pendidikan Malaysia ke arah  K-ekonomi, ia menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-worker, celik dan mahir dalam ICT, mampu bersaing pada peringkat tempatan dan pada peringkat global, bahkan memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi selaras dengan perkembangan era dunia abad ke-21 yang sagat mencabar. Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia bagi memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.[1] Kemahiran yang dimaksudkan inilah yang dibincangkan dibab ini.
Kerajaan komited melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara untuk tempoh 15 tahun akan datang. Tranformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid di negara kita dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan menangani cabaran abad ke-21. Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara termaju didunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan diperingkat global.”
 YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin.

Pakar pendidikan di kebanyakan negara menyedari hakikat bahawa kanak-kanak memerlukan kemahiran yang lebih daripada 3M (menulis, membaca, mengira) setelah mereka menamatkan alam persekolahan. Dalam dunia globalisasi pada abad ke-21, keperluan untuk melahirkan modal insan berkualiti tinggi menjadi semakin penting. Kebanyakan negara menerima konsep kemahiran abad ke- 21 sebagai paksi kurikulum, namun definisi konsepnya belum dipersetujui. Menteri Pendidikan Singapura menyatakan bahawa individu yang lengkap dengan kemahiran abad ke- 21 merupakan individu yang mempunyai keyakinan diri, mengamalkan pembelajaran kendiri, menyumbang dengan aktif, dan merupakan warganegara yang prihatin. Di Finland, kemahiran abad ke-21 berteraskan perkembangan kendiri, identiti budaya dan keantarabangsaan, kemahiran media dan komunikasi, warganegara partisipatif,bertanggungjawab terhadap persekitaran, menitikberatkan kesihatan diri dan masa depan yang lestari.
Di Malaysia, Kementerian telah mengenal pasti kemahiran abad ke-21 yang sesuai dengan konteks tempatan dan dapat menyediakan warga Malaysia untuk bersaing pada peringkat antarabangsa. Untuk itu, kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik, serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi, dan bekerja secara berpasukan. Kurikulum sekolah rendah dan menengah yang dikaji semula akan memastikan keseimbangan pengetahuan yang penting dengan kemahiran berfikir, dan nilai untuk memastikan kejayaan murid pada masa akan datang. 
Perubahan diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang banyak dipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh pembangunan teknologi. Pemikiran ini merujuk pada pandangan bahawa pembelajaran patut memanfaatkan teknologi untuk pedagogi terkini yang lebih prihatin kepada ciri-ciri pelajar sekarang. Penekanan perubahan pendidikan yang dimaksudkan mengaitkan kemahiran abad ke 21 dengan peranan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Sehubungan dengan proses pembestarian sekolah yang dibuat oleh KPM memerlukan pelajar berkemahiran dalam bidang ICT. Kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan pelajar yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kada kendiri (self-placed).[1]
          Kebanyakan kemahiran abad ke 21 adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadap ICT. Jika dahulu, literasi cuma merangkumi membaca, menulis, dan mengira, literasi abad ke 21 melibatkan literasi digital. Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat.
Kemahiran berfikir aras tinggi melebihi pengimbasan kembali fakta atau informasi. Kemahiran berfikir melibatkan interaksi berfikir mengikut strategi kognitif, meta kognitif dan pengetahuan semasa menghuraikan masalah (Young 1997). Menurut OECD (2006), salah satu pendekatan yang dicadangkan ialah sekolah-sekolah memberikan wadah agar kemahiran abad ke-21 diasah supaya murid-murid lebih bersedia untuk menghadapi cabaran ekonomi pengetahuan. Kemahiran ini berkaitan dengan pengurusan pengetahuan seperti pemilihan, penyesuaian, analisis dan perkongsian dalam alam web. Kemahiran ini disokong oleh teknologi maklumat dan komunikasi. [2]
          Malah, sumber terbaik yang membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube.
          Di peringkat antarabangasa,  LLC mengiktiraf keperluan kritikal untuk membangunkan kemahiran abad ke 21 di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun, dipercayai bahawa pendidikan ini tidak menghadkan pembangunan profesional  dan reka bentuk kurikulum sedia ada. Kemahiran abad ke 21 yang dipelajari melalui kurikulum, ia merupakan disiplin, bersepadu, berasaskan projek, dan banyak lagi, termasuk dalam kurikulum berasaskan projek dengan menggunakan tujuh kemahiran hidup yang diperjuangkan oleh Tony Wagner dalam bukunya, Jurang Pencapaian Global:
              Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
              Kerjasama merentasi Rangkaian dan Memimpin oleh Pengaruh
              Ketangkasan dan Penyesuaian
              Inisiatif dan keusahawanan
              Komunikasi Berkesan Lisan dan Bertulis
              Mengakses dan Menganalisis Maklumat
              Rasa ingin tahu dan Imaginasi

          Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam negara Malaysia mampu memupuk kemahiran abad ke 21. Contohnya, topik-topik tertentu dalam mata pelajaran Sejarah dan Sains diberi sebagai tugasan projek di mana pelajar  mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber. Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek seperti ini, juga menggalakkan komunikasi interaktif. Pelajar dapat berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti e-mel, Facebook atau blog.
          Dalam usaha untuk pelajar-pelajar kita bersedia untuk mengemudi dunia abad ke-21 ini, mereka mesti menjadi celik dalam literasi abad ke-21 termasuk media, budaya, maklumat, emosi, ekologi, kewangan dan siber. Bekerjasama dengan pelajar dari seluruh dunia dalam projek bermakna, kehidupan sebenar adalah alat yang diperlukan untuk membangunkan literasi ini. Pelajar boleh mempelajari bahawa melalui kerjasama, bukan persaingan, mereka boleh bekerjasama untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik. Pelajar akan menggunakan teknologi, termasuk Internet, dan kerjasama global untuk menyelesaikan isu-isu kritikal.
Dalam membincangkan potensi pembelajaran berasaskan Web, Hill (1997) menyatakan bahawa pembelajaran Web memberi peluang kepada pelajar untuk memperolehi strategi berfikir pada aras tinggi dengan menggalakkannya memikir secara mencapah serta dengan adanya pandangan dari pelbagai perspektif. Bonk dan Reynolds (1997) turut menegaskan bahawa pembelajaran berasaskan Web yang konstruktivis, di mana pelajar digalakkan menyatakan pendapat dan idea masing-masing, menjalankan refleksi, meneroka sumberpengetahuan yang pelbagai serta mengenal pasti kecondongan dan kekuatan hujah, adalah tunggak kepada pemupukan kemahiran berfikir aras tinggi. Pendapat ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Sanders dan Morrison-Shetlar (2001) yang mendapati bahawa komponen Web yang memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara tak-sinkroni antara satu sama lain, mempunyai kesan positif tinggi terhadap pembelajaran dan kemahiran berfikir secara kritis.[1]
Selain itu, melibatkan pelajar dalam aktiviti kokurikulum juga penting. Semua pelajar diwajibkan menyertai pasukan beruniform. Tindakan ini dapat membantu pelajar mengasah kemahiran literasi alaf digital (terutama kesedaran global), kemahiran komunikasi efektif dan  kemahiran pemikiran inventif melalui pembabitan mereka dalam aktiviti-aktiviti berkaitan. Pendekatan pembelajaran perlu dijuruskan kepada perkembangan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan yang boleh menghasilkan pelajar yang berdikari (independent learners).
Jelas sekali, bahawa pembangunan abad ke 21 dalam kalangan pelajar memerlukan perubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan ini boleh berlaku di peringkat sekolah atau bilik darjah.  Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjah memerlukan kesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan pentadbir. Program pengurusan perubahan dan kajian semula program latihan guru adalah perkara-perkara asas yang perlu disediakan ke arah pendidikan, persekolahan dan kemahiran abad ke 21.




Friday, 10 April 2015

TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

GANGGUAN EMOSI
Menurut Kamus Dewan (2007), emosi bermaksud perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan sebagainya. Gangguan emosi berlaku apabila seseorang:
 Mengalami emosi tertentu seperti depresi.
 Tidak mampu menunjukkan kasih sayang, marah dan penolakan.
 Sukar berhubung dengan orang lain.
 Mempunyai dua atau lebih emosi misalnya antara marah dan takut.         
                                             


Gangguan Emosi dalam kalangan murid

Gangguan emosi merupakan satu situasi yang menunjukkan seseorang individu mengalami konflik dalaman yang sukar untuk diatasi olehnya. Kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi maksud gangguan emosi adalah akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan dan dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu.

Konflik atau gangguan dalaman akan memberi kesan ke atas tingkah laku seseorang. Gangguan emosi berlaku apabila situasi atau masalah yang dihadapi melebihi kebolehan seseorang untuk mengatasinya. Gangguan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak terutama murid-murid di sekolah.

Punca Gangguan Emosi

Antara faktor yang ketara yang menyebabkan gangguan emosi ialah masalah-masalah seperti:
(i) Masalah ketidakfungsian otak.
(ii) Pemakanan.
(iii) Mempunyai kemahiran sosial yang rendah dan tidak mempunyai keyakinan diri.
(iv) Masalah keluarga yang sentiasa menunjukkan sikap kasar dan agresif.
(v) Pengaruh rakan sebaya dan persekitaran.


Punca Gangguan emosi

Terdapat banyak punca yang menyebabkan gangguan emosi dalam kalangan murid di sekolah. Punca-punca gangguan emosi murid boleh dikategorikan kepada faktor kekeluargaan, faktor rakan sebaya, , faktor guru, faktor sekolah dan faktor persekitaran masyarakat.
Terri mouro (2004) menyatakan faktor persekitaran sekolah, perstiwa dalam keluarga, pengaruh rakan sebaya dan lain-lain lagi.

 Faktor Kekeluargaan
- Keadaan keluarga yang kucar kacir, pertengkaran dan perceraian kedua ibu bapa
- Status ekonomi keluarga yang tidak stabil serta masalah kewangan
- hubungan ahli keluarga tidak rapat, sering berlaku pergaduhan antara adik beradik
- kurang perhatian, penghargaan dan kasih sayang daripada ibubapa
- penderaan oleh ibu bapa atau penjaga
- sikap ibu bapa yang pilih kasih

 Faktor rakan sebaya
- rakan sebaya yang agresif dan sering bergaduh
- ejekan dan penghinaan daripada rakan sebaya
- ugutan dan buli rakan sebaya
- rakan sebaya yang suka menunjuk
- disingkir dan tidak diterima oleh rakan sebaya

 Faktor Guru
- guru yang mengamalkan pilih kasih /diskriminasi
- gaya dan kaedah pengajaran yang kurang sesuai
- kemahiran komunikasi guru
- guru yang kasar dan agresif
- Hubungan guru murid yang kurang mesra
- kepimpinan guru yang autokratik

 Faktor sekolah
- suasana dan persekitaran sekolah tidak kondusif
- kurang kemudahan infrustruktur sekolah
- sikap pentadbir sekolah
- budaya sekolah yang hanya mementingkan kecemerlangan akdemik
- peraturan dan disiplin sekolah yang terlalu ketat

 Faktor persekitaran
- ahli masyarakat yang materialistik
- hasad dengki dan prasangka ahli masyarakat
- kurang persefahaman dalam kalangan ahli masyarakat
- diskriminasi dalam masyarakat


Tanda-tanda gangguan emosi dalam kalangan murid

Gangguan emosi yang tidak dapat diatasi akan membawa kepada gangguan pemikiran, pelbagai perubahan tingkah laku seperti ketakutan, kebimbangan dan kemurungan. Murid yang menghadapi gangguan emosi dapat dikenalpasti melalui beberapa tanda.

Di antara tanda-tanda gangguan emosi dalam kalangan murid-murid adalah:

 Kurang selera makan
 Loya tekak dan sering muntah
 Suka menyendiri / mengasing diri
 Sering sakit perut/ sakit kepala
 Kemurungan
 Kelihatan sedih/ kecewa
 Kurang keyakinan diri
 Kerap menangis tanpa sebab
 Kencing malam
 Suka menggigit kuku
 Cepat marah
 Bertindak agresif/ impulsif
 Ketakutan dan kebimbangan yang melampau
 Kelihatan lesu/ letih dan sering mengantuk
 Kerap diserang penyakit
 Bertingkah laku ganjil


Langkah-langkah bagi mengatasi gangguan emosi murid

Gangguan emosi dalam kalangan murid tidak seharusnya
dipandang ringan oleh guru dan ibu bapa. Guru yang profesional dan
bertanggungjawab seharusnya prihatin dan sensitif dengan perubahan
diri murid yang mengalami gangguan emosi. Seterusnya guru perlu
mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membantu murid bagi
mengatasi gangguan emosi tersebut.
Di antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan adalah:
 Berbincang secara peribadi dengan murid tersebut untuk
mengenalpasti punca gangguan emosi
 Memberi perhatian dan penghargaan yang sesuai kepadanya
 Memberi motivasi, dorongan dan sokongan yang positif untuk
meningkatkan keyakinan diri dan konsep kendiri
 Merujuk murid tersebut kepada kaunselor sekolah
 Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga
 Kepimpinan guru dan pentadbir yang demokratik
 Strategi dan kaedah pengajaran guru yang pelbagai dapat memenuhi
kehendak dan keperluan murid
 Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif



Wednesday, 4 March 2015

USAHA-USAHA DALAM MELINDUNGI KANAK-KANAK
Dalam usaha untuk memastikan kanak-kanak di Malaysia mendapat perlindungan yang sewajarnya, beberapa usaha telah dilaksanakan dan beberapa akta perundangan telah dibentuk, di antaranya;

Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 (Akta 468)
Akta ini berkaitan dengan pemuliharaan dan perlindungan ke atas kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dari penderaan, pengabaian, eksploitasi dan penghambaan.

Seksyen 2 berkaitan dengan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan sekiranya :
 Kanak-kanak yang berkemungkinan besar dicedera atau dianiaya dari aspek fizikal, emosi dan seks.
 Penjaga kanak-kanak tidak layak / mengabaikan atau tiada keupayaan untuk menjaga dan memelihara kanak-kanak dengan sewajarnya.
 Penjaga kanak-kanak telah melakukan pengabaian atau tidak sanggup menjaga dan menyediakan keperluan yang mencukupi untuk kanak-kanak.
 Tiada penjaga yang sanggup untuk menjaga atau kanak-kanak ditinggalkan oleh penjaganya, tiada orang lain layak untuk menjaganya.
 Pengabaian dilakukan ke atas kanak-kanak yang memerlukan pemeriksaan, siasatan atau rawatan.
 Kanak-kanak berkelakuan yang boleh mencederakan dirinya atau orang lain atau tiada orang lain yang sanggup menjaga dan memperbaiki keadaan.
 Terdapat pertelingkahan kanak-kanak dengan penjaga atau petelingkahan antara penjaganya. Pertelingkahan menyebabkan hubungan kekeluargaan terjejas dan menyebabkan gangguan emosi kanak-kanak.
 Kanak-kanak terlibat dengan mana-mana kesalahan dalam Bab XVI Kanun Keseksaan.

Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 ( Akta 308)
 Akta ini berkaitan dengan pendaftaran, penawalan dan pemeriksaa taman-taman asuhan kanak-kanak.
 Akta ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak berumur di bawah 4tahun.
 Akta ini memberi jaminan kepada kesihatan, keselamatan dan pendidikan kanak-kanak bawah 4 tahun.
 Kawalan, pengawasan dan pemeriksaan dapat dilaksanakan dengan penguatkuasaan pendaftaran taman-taman asuhan kanak-kanak ini.
 Pihak berkaitan berhak masuk dan memeriksa taman-taman asuhan demi kesihatan, keselamatan dan pendidikan kanak-kanak.

Akta Pengangkatan anak angkat 1952 (Akta 257)
 Bagi melindungi kanak-kanak daripada didera, diabai dan dieksploitasi,
 Akta ini dibentuk untuk mengawal selia urusan pengambilan anak angkat serta menjamin kebajikan kanak-kanak .
 Peruntukan undang-undang dalam akta ini adalah sebagaimana dikanunkan dalam Ordinan mengangkat anak 1960.

Akta Kanak-kanak 2001 (Pindaan 2002)
 Akta Kanak-kanak 2001 (pindaan 2002) berkuat kuasa pada 1 Ogos 2002 merupakan gabungan tiga undang-undang terdahulu iaitu Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Mahkamah Juvenil.
 Ianya merupakan undang-undang yang berkaitan dengan pemeliharaan, pelindungan dan pemulihan kanak-kanak demi menjaga kebajikan dan kepentingan kanak-kanak.
 Antara perkara penting yang diketengahkan oleh Akta ini adalah tugas dan tanggungjawab ibu bapa atau penjaga dalam memelihara kesejahteraan kanak-kanak, tanggungjawab untuk memaklumkan kes-kes penderaan kanak-kanak, penubuhan Mahkamah Bagi Kanak-kanak, prosedur perbicaraan, hukuman dan sebagainya.
 Istilah kanak-kanak menurut akta ini adalah mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun.
 Akta ini memperuntukkan tugas dan tanggungjawab undang-undang ibu bapa atau penjaga untuk mengambil berat keadaan anak-anak mereka.
 Di samping itu, akta ini mengenakan tugas kepada ahli-ahli keluarga kanak-kanak untuk memaklumkan kepada pelindung jika mereka mempunyai alasan-alasan yang munasabah bahawa kanak-kanak itu telah dicederakan dari segi fizikal atau emosi akibat teraniaya, terabai, terbuang atau terdedah, atau teraniaya dari segi seks.
 Rasional ahli-ahli keluarga kanak-kanak dikenakan tugas untuk memaklumkan tentang kemungkinan seseorang kanak-kanak itu didera adalah kerana mereka merupakan antara pihak yang dekat dengan kanak-kanak tersebut. Mereka ini juga berkemungkinan besar mengetahui kenapa seseorang kanak-kanak itu didera.
 Jika seseorang kanak-kanak dituduh atas apa-apa kesalahan, maka Mahkamah bagi kanak-kanak hendaklah memerintahkan supaya ibu dan bapa kanak-kanak tersebut hadir ke mahkamah kecuali Mahkamah berpuashati bahawa adalah tidak munasabah untuk mengehendaki kehadiran mereka
 Akta ini juga memperuntukkan bahawa sekiranya mana-mana orang yang mempunyai tugas pemeliharaan seorang kanak-kanak, menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu atau menyebabkan atau membenarkan kanak-kanak itu dianiaya, diabai, dibuang atau didedah hingga mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi atau seksual, maka orang berkenaan telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001.
 Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu dianggap mengabaikan kanak-kanak itu jika tidak menyediakan kepada kanak-kanak berkenaan makanan, pakaian, rawatan perubatan atau pergigian, penginapan atau pemeliharaan yang mencukupi sekiranya beliau berupaya mempersediakan perkara-perkara di atas dan maka hukuman yang berat boleh dikenakan iaitu denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya. Selain itu, mahkamah juga boleh memerintahkan orang berkenaan menyempurnakan bon kelakuan baik.

Program Pencegahan dan pemulihan kanak-kanak
Pasukan pelindung dan pusat aktiviti kanak-kanak telah ditubuhkan di peringkat negeri dan daerah yang bertujuan memberikan perkhidmatan kepada keluarga atau kanak-kanak yang terdedah kepada
keganasan, seksual, penderaan dan sebagainya.

Penubuhan Pasukan Mengesan Penderaan Kanak-kanak
Pasukan ini ditubuhkan di hospital-hospital daerah dan negeri untuk menyelia dan memantau kes-kes penderaan dan pengabaian kanakkanak yang dirujuk di hospital.

Penglibatan kanak-kanak dan Pelan Tindakan Negara
Kanak-kanak di Malaysia diberi hak bersuara dan memberi pendapat. Suara kanak-kanak didengar melalui penglibatan mereka dalam penilaian Pelan Tindakan Negara Pertama dan merangka Pelan
Tindakan Negara Kedua. Elemen-elemen dalam Konvensyen Hak Kanak-kanak telah diambil kira dalam merangka Pelan Tindakan Negara Kedua.

TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

Gangguan Emosi dalam kalangan murid
Gangguan emosi merupakan satu situasi yang menunjukkan seseorang individu mengalami konflik dalaman yang sukar untuk diatasi olehnya. Kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi maksud gangguan emosi adalah akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan dan dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu.
Konflik atau gangguan dalaman akan memberi kesan ke atas tingkah laku seseorang. Gangguan emosi berlaku apabila situasi atau masalah yang dihadapi melebihi kebolehan seseorang untuk mengatasinya. Gangguan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak terutama murid-murid di sekolah.

Tanda-tanda gangguan emosi dalam kalangan murid
Gangguan emosi yang tidak dapat diatasi akan membawa kepada gangguan pemikiran, pelbagai perubahan tingkah laku seperti ketakutan, kebimbangan dan kemurungan. Murid yang menghadapi gangguan emosi dapat dikenalpasti melalui beberapa tanda.
Di antara tanda-tanda gangguan emosi dalam kalangan murid-murid adalah:
  • Kurang selera makan
  • Loya tekak dan sering muntah
  • Suka menyendiri / mengasing diri
  • Sering sakit perut/ sakit kepala
  • Kemurungan
  • Kelihatan sedih/ kecewa
  • Kurang keyakinan diri
  • Kerap menangis tanpa sebab
  • Kencing malam
  • Suka menggigit kuku
  • Cepat marah
  • Bertindak agresif/ impulsif
  • Ketakutan dan kebimbangan yang melampau
  • Kelihatan lesu/ letih dan sering mengantuk
  • Kerap diserang penyakit
  • Bertingkah laku ganjil

Punca Gangguan emosi
Terdapat banyak punca yang menyebabkan gangguan emosi dalam kalangan murid di sekolah. Punca-punca gangguan emosi murid boleh dikategorikan kepada faktor kekeluargaan, faktor rakan sebaya, , faktor guru, faktor sekolah dan faktor persekitaran masyarakat.
Terri mouro (2004) menyatakan faktor persekitaran sekolah, perstiwa dalam keluarga, pengaruh rakan sebaya dan lain-lain lagi.

 Faktor Kekeluargaan
- Keadaan keluarga yang kucar kacir, pertengkaran dan perceraian kedua ibu bapa
- Status ekonomi keluarga yang tidak stabil serta masalah kewangan
- hubungan ahli keluarga tidak rapat, sering berlaku pergaduhan antara adik beradik
- kurang perhatian, penghargaan dan kasih sayang daripada ibubapa
- penderaan oleh ibu bapa atau penjaga
- sikap ibu bapa yang pilih kasih

 Faktor rakan sebaya
- rakan sebaya yang agresif dan sering bergaduh
- ejekan dan penghinaan daripada rakan sebaya
- ugutan dan buli rakan sebaya
- rakan sebaya yang suka menunjuk
- disingkir dan tidak diterima oleh rakan sebaya

 Faktor Guru
- guru yang mengamalkan pilih kasih /diskriminasi
- gaya dan kaedah pengajaran yang kurang sesuai
- kemahiran komunikasi guru
- guru yang kasar dan agresif
- Hubungan guru murid yang kurang mesra
- kepimpinan guru yang autokratik

 Faktor sekolah
- suasana dan persekitaran sekolah tidak kondusif
- kurang kemudahan infrustruktur sekolah
- sikap pentadbir sekolah
- budaya sekolah yang hanya mementingkan kecemerlangan akdemik
- peraturan dan disiplin sekolah yang terlalu ketat

 Faktor persekitaran
- ahli masyarakat yang materialistik
- hasad dengki dan prasangka ahli masyarakat
- kurang persefahaman dalam kalangan ahli masyarakat
- diskriminasi dalam masyarakat

Langkah-langkah bagi mengatasi gangguan emosi murid
Gangguan emosi dalam kalangan murid tidak seharusnya dipandang ringan oleh guru dan ibu bapa. Guru yang profesional dan bertanggungjawab seharusnya prihatin dan sensitif dengan perubahan
diri murid yang mengalami gangguan emosi. Seterusnya guru perlumengambil tindakan yang sewajarnya untuk membantu murid bagi mengatasi gangguan emosi tersebut.

Di antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan adalah:
  • Berbincang secara peribadi dengan murid tersebut untuk mengenalpasti punca gangguan emosi
  • Memberi perhatian dan penghargaan yang sesuai kepadanya
  • Memberi motivasi, dorongan dan sokongan yang positif untuk meningkatkan keyakinan diri dan konsep kendiri
  • Merujuk murid tersebut kepada kaunselor sekolah
  • Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga
  • Kepimpinan guru dan pentadbir yang demokratik
  • Strategi dan kaedah pengajaran guru yang pelbagai dapat memenuhi kehendak dan keperluan murid
  • Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif

HAK ASASI KANAK-KANAK
 Kanak-kanak merupakan modal insan yang penting kepada sesebuah negara. Modal insan ini dapat dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran yang selamat dan kondusif.
 Sehubungan itu, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah satu aspek penting dan hendaklah diberi keutamaan.
 Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 20 November 1989 telah menerima pakai Konvensyen Hak Kanak-kanak untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak di dunia. Berdasarkan dokumen konvensyen tersebut, kanak-kanak adalah diberi perlindungan daripada pengabaian, penderaan, eksploitasi dan mempunyai hak-hak tertentu. Malaysia telah menerima pakai konvensyen tersebut.
 Berdasarkan konvensyen ini, semua kanak-kanak tanpa mengira jantina, latar belakang, status sosio-ekonomi,kepercayaan agama dan kebolehan diiktiraf sebagai individu yang mempunyai hak-hak asasi untuk membesar dan mendapat perlindung dalam kehidupan mereka.

Prinsip-prinsip Konvensyen
Konvensyen ini telah menetapkan beberapa prinsip,iaitu;
 Tidak ada diskriminasi terhadap kanak-kanak
Semua kanak-kanak tanpa mengira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, pendapat politik, asal negara, etnik atau masyarakat, harta, ketidakupayaan, kelahiran atau tarafnya atau ibu bapa/penjaganya mempunyai hak yang sama.
 Kepentingan terbaik bagi kanak-kanak Pertimbangan utama dalam segala hal ialah kepentingan yang terbaik bagi kanak-kanak.
 Hak untuk hidup dan berkembang Kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup dan berkembang dalam semua aspek kehidupan mereka, termasuk aspek jasmani, emosi, psiko-sosial, kognitif, sosial dan kebudayaan.
 Hak untuk Penyertaan
Kanak-kanak hendaklah dibolehkan turut serta secara aktif dalam segala hal yang melibatkan kehidupan mereka dan bebas untuk memberi pendapat dan pandangan. Mereka mempunyai hak untuk didengar dan diambil peduli secara serius.

Definisi Kanak-kanak
Perkara 1- Seorang kanak-kanak diiktiraf sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun, melainkan jika undang-undang negaranya mengiktirafkan umur dewasanya sebelum itu.

Hak Kanak-kanak
 Hak kehidupan
 Hak Perlindungan
 Hak Perkembangan
 Hak Penyertaan


Hak Kehidupan
Kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapat keperluan asas seperti makanan, air bersih, tempat tinggal dan penjagaan kesihatan. Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak bertanggungjawab memastikan hak kanak-kanak untuk hidup dipenuhi.
Perkara 6 : Semua kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup dan negara mempunyai obligasi untuk memastikan kewujudan perkembangan kanak-kanak tersebut.

Hak Perlindungan
Hak perlindungan ke atas kanak-kanak merangkumi perlindungan daripada diskriminasi, penderaan dan pengabaian. Ibu bapa atau penjaga mesti memberi penjagaan dan perlindungan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak tanpa keluarga atau pelarian harus diberi perlidungan yang sewajarnya. Di samping itu perlindungan seksual, fizikal, dan eksploitasi, pengabaian, penyalahgunaan dadah dan diskriminasi juga merupakan hak kanak-kanak. Negara hendaklah memberi perlindungan kepada kanak-kanak sekiranya mereka diabaikan oleh ibu bapa atau penjaga.
Perkara 3: Negara hendaklah memberikan penjagaan secukupnya kepada kanak-kanak melalui pihak berkuasa tempatan yang berkaitan sekiranya kanak-kanak tersebut diabaikan oleh ibu bapa atau penjaga mereka.
Perkara 8: Negara mempunyai obligasi untuk melindungi dan jika perlu memantapkan semula aspek asas identiti termasuk kerakyatan dan hubungan kekeluargaan.

Hak Perkembangan
Ibu bapa, keluarga kembangan atau penjaga bertanggungjawab untuk memastikan kanak-kanak berkembang dari aspek jasmani, mental, emosi, kerohanian, moral dan sosial. Pendidikan harus diberi kepada kanak-kanak untuk mereka berkembang dengan lebih optimum.
Perkara 5: Negara mesti menghormati tanggungjawab ibu bapa atau keluarga kembangan untuk memberi bimbingan kepada kanak-kanak berdasarkan keupayaan mereka.

Hak Penyertaan
Kanak-kanak juga diberi kebebasan untuk bersuara, memberi pendapat, bergaul dan bermain dengan rakan-rakan sebaya. Pandangan dan pendapat mereka berkaitan dengan hal ehwal kanak-kanak harus didengar dan diguna pakai. Mereka juga berhak untuk menyertai aktiviti atau program persatuan dan kelab.
Perkara 12: Semua kanak-kanak mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan dengan bebas dalam semua perkara berkaitan dengan hal kanak-kanak.

HAK KANAK-KANAK DI MALAYSIA
Malaysia telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap Konvensyen Hak Kanak-kanak,1989 dengan mewujudkan persekitaran, peluang dan ruang hak-hak kanak-kanak tersebut dapat dilaksanakan.
Di antara komitmen Malaysia terhadap pengiktirafan hak kanak-kanak, Kerajaan Malaysia telah mengesahkan dan menandatangani Konvensyen-konvensyen berikut:
 Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak : 19 Mac 1995
 Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita: 4 Ogos 1995
 Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 138 (umur minimum untuk diambil bekerja) : 1997 
 Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 ( bentuk buruh kanak-kanak yang paling teruk) pada 10 November 2000.

Hak kanak-kanak Malaysia sentiasa diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Hak Kanak-kanak Malaysia merangkumi hak yang termaktub dalam konvensyen Hak Kanak-kanak, 1989 iaitu Hak Kehidupan, Hak Perlindungan, Hak Perkembangan dan Hak Penyertaan.

Hak kehidupan
Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak di Malaysia mesti menyediakan keperluan asas untuk kanak-kanak mengikut kemampuan mereka. Kanak-kanak memerlukan tempat tinggal yang baik dan kondusif. makanan yang seimbang dan air yang bersih.Ianya dapat menjamin kelangsungan hidup yang positif dan ceria. Makanan yang seimbang dan air yang bersih diperlukan untuk kesihatan kanak-kanak untuk hidup yang positif dan aktif.

Hak Perlindungan
Kanak-kanak di Malaysia merupakan aset yang sangat berharga untuk masa depan Negara. Oleh yang demikian, kanak-kanak di Malaysia sangat dilindungi dari sebarang unsur-unsur negatif seperti penderaan, pengabaian, ekploitasi dan penghambaan. Perlindungan akan diberikan kepada kanak-kanak yang didera samada fizikal, emosi atau seksual. Isu-isu penderaan, pencabulan, pengabaian oleh penjaga dan eksploitasi merupakan fenomena yang berlanjutan dan perlu dibenteras. Kerajaan Malaysia memandang isu-isu ini sebagai suatu bencana dan ancaman kepada pembangunan Negara. Pihak yang melakukan penderaan, pengabaian dan eksploitasi ke atas kanak-kanak akan dikenakan hukuman yang berat.

Hak Perkembangan
Selaras dengan aspirasi Konvensyen Hak Kanak-kanak, Malaysia memberi perhatian yang serius dalam perkembangan holistik kanak-kanak yang melibatkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Ibu bapa mesti menyediakan pendidikan formal kepada kanak-kanak dengan menghantar mereka ke sekolah dan pendidikan tidak formal seperti ilmu agama dan nilai moral. Minat membaca dan kecintaan kanak-kanak terhadap ilmu pengetahuan perlu dipupuk sejak dari kecil demi memastikan kanak-kanak berkembang secara menyeluruh dan seimbang dari pelbagi aspek.

Hak Penyertaan
Kanak-kanak di Malaysia diberi hak untuk bergaul dan bermain dengan rakan sebaya dengan bebas tanpa sekatan. Melalui bermain mereka dapat berinteraksi dengan rakan sebaya seterusnya dapat meningkatkan kemahiran social mereka. Mereka boleh bergaul bebas tanpa mengira bangsa, keturunan, warna kulit, agama dan sebagainya. Kanak-kanak di Malaysia tidak dihalang untuk menyertai dan menjadi ahli persatuan dan kelab.





Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997.
Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas), 1997 merupakan satu usaha kerajaan untuk memastikan pendemokrasian pendidikan dan kesaksamaan peluang pendidikan dapat diberikan kepada semua warganegara tanpa mengambilkira latarbelakang, status ekonomi atau kecacatan seseorang.

Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, berkuatkuasa pada 1 Januari 1998, memberi tafsiran;
“Murid-murid dengan keperluan khas’ ertinya murid murid yang mempunyai cacat penglihatan atau kecacatan pengdengaran atau masalah pembelajaran”.

Manakala Program Pendidikan Khas ditafsirkan sebagai;
a) suatu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran;
b) suatu program pencantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran; dan
c) satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa.

Kelayakan untuk Program Pendidikan Khas
Semua pelajar berkeperluan khas yang boleh dididik dan mampu mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain boleh diterima bersekolah sepertimana yang disebut dalam Peraturan Pendidikan Khas 1997, Bahagian II 3(2) seksyen 41 dalam akta Pendidikan 1996.

i. Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, murid-murid dengan keperluan khas yang boleh dididik adalah layak menghadiri program pendidikan khas kecuali bagi murid berikut:
a) murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa, dan
b) murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat.

ii. Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai daripada Kementerian Pendidikan dan Pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikut program pendidikan kebangsaan.

Kurikulum
Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas.

Rumusan
Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) digubal khusus untuk memastikan pendemokrasian pendidikan dapat diterjemahkan di dalam system pendidikan kebangsaan di mana semua warga mempunyai akses pendidikan tanpa mengira keadaan fizikal serta latar belakang mereka. Komitmen kerajaan juga dengan jelas dinyatakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 di bawah tajuk ‘kumpulan berkeperluan khusus’ khasnya untuk golongan sasar ini.

Penambahbaikan peraturan ini juga dilakukan dari semasa ke semasa terutamanya dengan pindaan Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 yang telah diwartakan pada 18 Julai 2013 dan digunapakai pada sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang melaksanakan pendidikan khas di seluruh negara.