Bijak menyoal
Pelajar abad ke-21 perlulah bijak dalam menyoal. Kita sudah
sudah sedia maklum bahawa pelajar abad ke-21 terdedah kepada keterbukaan
teknologi. Oleh itu, pelajar akan lebih bijak untuk menyoal kepada guru.
Yakin berkomunikasi
Pelajar yang yakin berkomunikasi ini boleh terbentuk hasil
daripada usaha guru. Pelajar akan sentiasa aktif dan yakin berkomunikasi jika
guru sentiasa memberi kepada mereka untuk bercakap. Manakala guru yang tidak
memberi peluang untuk pelajar bercakap akan membuat pelajar mereka pasif. Oleh
itu, pelajar abad ke-21 perlulah diberi peluang oleh guru untuk lebih
berkomunikasi di dalam kelas.
Dahagakan ilmu
Pelajar abad ke-21 sentiasa mencari ilmu. Sebelum ini, semua
isi pelajaran diberi oleh guru sepenuhnya tetapi pada masa kini pelajar perlu sentiasa
meneroka ilmu mereka sendiri. Persaingan bagi setiap orang pelajar pada abad
ke-21 adalah tinggi dan mereka perlu bijak dalam mencari ilmu baru.
Menjana idea
Pelajar abad ke-21 perlu sentiasa menjana idea mereka
selaras dengan perkembangan zaman yang ada. Contohnya, pelajar di negara Jepun
sentiasa menjana idea baru selaras dengan tahap pendidikan dalam negara mereka.
Tahap pendidikan dan pelajar mereka adalah jauh mendahului kita. Oleh itu,
untuk bersaing dengan negara-negara maju yang lain pelajar kita haruslah
sentiasa menjana idea mereka.
Berkemahiran kritis
Berkemahiran kritis sangat perlu kepada seorang pelajar.
Seorang pelajar tidak harus menerima sahaja sesuatu perkara tanpa menilainya
terlebih dahulu. Era teknologi ini, maklumat sangat mudah diperolehi tetapi
tidak semua maklumat adalah adalah benar. Oleh itu, berkemahiran berfikir
dengan kritis adalah penting supaya pelajar dapat menapis dan menilai kebenaran
sesuatu perkara yang diperolehi.
Berkeperibadian tinggi
Pelajar abad ke-21 akan lebih sempurna dengan keperibadian
yang tinggi. Seorang pelajar tidak harus mempunyai kemahiran yang tinggi
sahaja. Berkeperibadian tinggi sangat perlu pada diri pelajar. Pada abad ke-21
kita dapat lihat ramai pelajar yang semakin jauh daripada keperibadian tinggi
ini. Keadaan ini berlaku kerana mereka banyak belajar sendiri daripada
kemudahan ICT dan tanpa perlu berjumpa dengan orang lain. Dleh itu,
keperibadian tinggi perlulah disebabkan dalam diri pelajar abad ke-21 supaya
diri mereka selaras dengan kemahiran dan keperibadian yang tinggi
Pelajar
dan Internet
Walaupun masih ramai
pelajar tidak berpeluang untuk menikmati kemudahan internet terutamanya di
kawasan pendalaman, namun sebagai pelajar abad ke-21 mereka harus mengambil
peluang dengan bijak untuk memperoleh maklumat di internet.
Revolusi
maklumat yang akan mewujudkan Era Maklumat akan membawa perubahan secara
menyeluruh dan dramatik kepada cara hidup kita, cara bekerja dan tatacara
melihat dunia secara global. Negara kita telah berjaya melihat akan kemunculan pelajar
abad ke-21 yang dipengaruhi dengan ganerasi berilmu dan bermaklumat tersebut.
Kemajuan dalam teknologi Komputer pada hakikatnya akan memastikan bahawa
revolusi maklumat akan mempengaruhi hidup kita secara lebih mendalam serta
menyeluruh.
Terdapat beberapa
kelebihan pembelajaran menggunakan Internet:
a) Peluang pembelajaran
melalui Internet lebih bersifat terbuka dan luas kerana ia tidak tertakluk
kepada lokasi tertentu, sebaliknya ia meliputi seluruh dunia.
b) Internet juga
menyediakan ruang dan maklumat pembelajaran dan perkongsian dengan kepada
golongan professional dalam bidang tertentu, seperti kejuruteraan, perubatan, farmasi,
teknologi, komputer dan sebagainya.
c) Kemudahan Internet juga
memperkayakan lagi sumber-sumber maklumat yang dahulunya hanya dipersembahkan
melalui kaedah konvensional sahaja, iaitu buku, majalah, surat khabar, rencana
tertentu, jurnal dan buletin. Melalui Internet, sumber-sumber tersebut turut
disediakan dalam bentuk World Wide Web.
Sumber-sumber begini biasanya disediakan oleh pihak institusi pengajian tinggi,
badan-badan pemikir dan pusat penyelidikan dalam bidang tertentu. Ianya bukan
sahaja untuk dijadikan bahan rujukan kepada para pelajar sekolah, kolej dan
universitI, malah ia juga turut oleh dimanfaatkan oleh semua golongan orang
yang berminat.
d) Dalam pencarian
sejumlah kecil maklumat, seperti ensiklopedia dan kamus, ia mudah dilaksanakan.
Tetapi bagi mencari sejumlah maklumat yang besar, langkah mencari dan memilih
mungkin agak sukar bagi pengguna yang masih lagi belum memahami teknik
pencarian maklumat dalam Internet. Internet menyediakan satu perisian atau
aplikasi yang dinamakan enjin carian bagi memudahkan proses pencarian anda
terhadap topik tertentu. Walaupun begitu, perlukan sedikit kemahiran penggunaan
enjin carian bagi memastikan bahawa maklumat yang betul dapat diperolehi.
Di dalam abad
ke-21, internet menawarkan maklumat yang pelbagai untuk tujuan pembelajaran.
Ruang siber yang ada terbuka luas untuk penerokaan pengetahuan. Apa yang
penting ialah maklumat ini perlu diproses dan dianalisis untuk mendapat manfaat
semaksimum yang mungkin.
Kesimpulan
Abad
ke-21 begitu sinonim dengan era digital bertunjangkan kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) menyebabkan kemahiran tersebut menjadi semakin
penting kini. Kepentingan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi ini
selaras dengan keperluan kemahiran abad ke-21 yang sememangnya penting untuk
diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Profesionalisme guru perlu
dipertingkatkan memandangkan mereka adalah tunjang kepada pelopor kemahiran
abad ke-21 dalam melahirkan modal insan kreatif dan inovatif. Kajian lepas
mendapati bahawa tahap kesediaan guru dalam menguasai kemahiran masih pada
tahap memuaskan. Kegagalan guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan kemahiran
ini sukar digarap dikalangan guru. Tanpa kesediaan yang tinggi di dalam diri
guru, segala reformasi pendidikan yang dijalankan bagi melahirkan generasi muda
sejajar dengan perkembangan dunia akan menemui jalan kegagalan.
Disebabkan
perubahan ini, warga pendidik mempunyai cabaran yang lebih besar dalam
menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran berteraskan teknologi seiring
dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi zaman kini. Namun, kesediaan
guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
masih lagi berada pada tahap sederhana. Ini menyebabkan guru memerlukan latihan
yang lebih bagi membantu mereka merealisasikan penggunaan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan keperluan pelajar. Dengan
peningkatan penggunaan ICT dikalangan guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, maka adalah merupakan sesuatu yang perlu bagi meningkatkan dan
memajukan lagi tahap penggunaan ICT terhadap guru seiring dengan keperluan
kemahiran abad ke-21 yang perlu diterapkan dikalangan guru dan pelajar[1].
No comments:
Post a Comment